fbpx

Catherine selesai jalani rawatan kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Catherine bersama suaminya, Putera William dan tiga anak mereka. - X @Kensington Royal

LONDON –  Catherine yang merupakan isteri Putera William mengumumkan bahawa beliau selesai menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser dan akan kembali bertugas pada masa terdekat, lapor agensi berita United Press International semalam. 

“Walaupun saya telah selesai menjalani kemoterapi, laluan untuk kembali sembuh dan pemulihan sepenuhnya adalah panjang dan saya perlu meneruskannya pada hari-hari akan datang,” kata Catherine yang memakai gelaran diraja, Princess of Wales. 

Menerusi video peribadi yang dikeluarkan oleh Istana Kensington, beliau juga berkongsi kelegaannya setelah menamatkan rawatan itu sebaik musim panas berakhir. 

“Saya dan Willian sangat berterima kasih atas sokongan yang kami terima dan telah memperoleh kekuatan besar daripada semua orang yang membantu kami pada masa sukar ini,” tambahnya.

Menurut Catherine, ‘kebaikan, empati dan belas kasihan daripada orang ramai benar-benar dihargainya’. 

Pada Mac lalu, istana Buckingham mengumumkan bahawa Catherine disahkan menghidap kanser dan telah menjalani rawatan awal selepas dia menjalani pembedahan perut pada Januari 2024.

Berita itu diumumkan selepas Raja Charles III juga menjalani rawatan penyakit kanser yang tidak didedahkan secara terperinci, selepas mendapatkan pilihan perubatan untuk prostat yang membesar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI