PETALING JAYA – Selepas mencuri perhatian aktif menjalankan perniagaan, bekas isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi bualan ramai apabila beraksi persis model profesional dalam sebuah sesi penggambaran yang dikongsinya semalam.
Menerusi video-video yang dimuat naik, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, anggun disolek sebelum memberikan ‘pose’ menarik di hadapan kamera.
Antara baju yang digayakan ialah sut panjang berwarna merah yang menaikkan lagi seri wajahnya.
Ira bagaimanapun tidak berkongsi lanjut memgenai sesi penggambaran tersebut.
Video tersebut turut tular dalam media sosial dan meraih pujian netizen selain menyifatkan Ira sebagai wanita yang tenang menghadapi dugaan hidup khusunya berkaitan kisah perceraiannya baru-baru ini.
“Tenang betul Ira hadap kisah cerai. Masih ‘zip’ mulut tak canang cerita hal peribadi kepada umum.
“Sebelum bersolek memang sudahh cantik tetapi hasil selepas mengenakan solekan memang ‘wow’!
“Cantiknya Ira, seperti perempuan Turki,” puji netizen.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. – KOSMO! ONLINE