fbpx

Buruh dicakar beruang stabil lepas 9 jam jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Muhamad Zaki selepas menjalani pembedahan dan ditempatkan di ICU HUSM, Kubang Kerian Isnin lalu -Foto IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Seorang buruh yang parah selepas diserang seekor beruang ketika keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Gua Musang dekat sini kelmarin selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam.

Adik perempuan kepada mangsa, Siti Jamilah Che Mohamed, 22, berkata, abangnya, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, selesai menjalani pembedahan selama sembilan jam dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkebaan.

“Alhamdulillah, keadaan abang stabil dan kami sekeluarga sudah dibenarkan untuk melawatnya.

“Abang menjalani pembedahan bermula pukul 9 pagi semalam dan selesai kira-kira pukul 7 malam. Dia ketika ini memerlukan rehat yang cukup kerana cedera parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki parah selepas diserang seekor beruang semasa keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek dekat Gua Musang petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kepala mangsa, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, terkoyak selain kaki, betis dan matanya luka akibat dicakar haiwan tersebut.

Bapa mangsa Che Mohamed Konok, 70, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak kelima daripada sembilan adik- beradik itu semasa berada di kedai kopi.

Bapa lelaki itu, Che Mohamed Konok, 70, berkata, Muhamad Zaki mahir dengan selok-belok di kawasan hutan dan kebun kerana biasa melakukan kerja kampung termasuk mengutip buah langsat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI