fbpx

Betty Banafe dinasihat rujuk AGC berhubung kes NFA – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (tengah) Shakib (kiri) Betty (kanan) selepas mengadakan pertemuan di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali Betty Banafe dinasihatkan menghubungi Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapat penjelasan lanjut berkenaan kes yang diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) yang didedahkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes yang dilaporkan adik pelakon itu, Datuk Shakib Abu Bakar Benafe itu sudah disiasat oleh pasukannya dengan teliti.

Katanya, kes itu juga sudah diserahkan kepada AGC sebelum arahan tindakan lanjut namun pihak AGC telah mengklasifikasi kes itu sebagai NFA.

“Itulah yang kita jelaskan kepada pihak Betty Banafe dan pihak pengadu Datuk Shakib Banafee sendiri dan Alhamdulillah mereka faham akan penjelasan itu serta mereka menerimanya dan apa-apa tindakan lanjut dan sebagainya itu adalah di luar bidang kuasa polis.

“Saya juga menjelaskan kepada mereka, sekiranya ada ketidakpuasan hati berkenaan dengan keputusan daripada AGC, maka mereka perlu menulis kepada AGC untuk mengetahui mengapa punca kes tersebut diklasifikasikan NFA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Betty Banafee dan Shakib Banafee di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pihak polis menyangkal dakwaan pelakon wanita, Betty Banafe berkaitan pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan 14 laporan sejak dua tahun yang lalu.

Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah selesai dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu, selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes tersebut.

Bagi kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, Betty Banafe ketika ditemui berkata, mereka menerima nasihat yang diberikan daripada PDRM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi AGC.

“Keputusan NFA itu bukan dibuat oleh polis tetapi ia justifikasi oleh AGC. Jadi pihak polis telah melakukannya kerjanya dalam siasatan dan bagi pihak kami pula, kami harus ke AGC untuk mendapatkan maklum balas daripada AGC,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI