fbpx

Berang tiada mi sup, wanita pecahkan mangkuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu melemparkan mangkuk ke lantai sehingga pecah. - X

JAKARTA  – Perbuatan seorang wanita di Manado, wilayah Sulawesi Utara mengamuk di sebuah restoran gara-gara tidak menyediakan hidangan mi sup mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di restoran dikenali sebagai Rumah Makan Nasi Kuning Manado. 

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform X oleh akaun @heraloebss, wanita itu dilihat memasuki kedai bersama rakan-rakannya lalu bertanya tentang mi sup. 

Bagaimanapun, salah seorang pekerja berkata hidangan itu tidak disediakan. 

Gara-gara berang dengan jawapan tersebut, dia melemparkan mangkuk ke lantai sehingga pecah sebelum beredar. 

Lebih mengejutkan apabila rakan-rakannya hanya ketawa dengan perbuatan itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.3 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Kalau mabuk pergi tidur, bukan buat kecoh di kedai orang!” marah seorang netizen. 

“Bagus, sangat sopan wanita ini!” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI