fbpx

PRK Mahkota: Bekas pemain bola sepak Johor calon PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin mengangkat tangan calon N.29 Dun Mahkota Haizan Jaafar dari PN sempena Majlis Pengumuman Calon PN di Bilik Gerakan Utama PN di Kampung Melayu, Kluang. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KLUANG – Bekas pemain Bola Sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang itu diumumkan Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Bilik Gerakan Utama (BGU) di Jalan Dahlia, Kampung Melayu di sini sebentar tadi.

Mohammad Haizan yang juga anak jati Kluang dan menetap di Taman Sri Kluang di sini merupakan anak kelima daripada 12 beradik.

PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Mahkota masing-masing pada 14 September dan 24 September manakala hari pengundian pada 28 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI