fbpx

Bayi 30 hari maut selepas diberi susu oleh jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang bayi lelaki yang baru berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan di sebuah pusat jagaan berpantang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi tersebut disahkan meninggal dunia semasa dibawa untuk rawatan di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira-kira pukul 8.24 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku di sebuah pusat jagaan berpantang di sini.

“Mangsa merupakan seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya.

“Bayi itu kemudian dibawa ke KBMC untuk rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, sehubungan itu, suspek iaitu jururawat yang berusia dalam lingkungan 20-an dan masih bujang telah ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Menurutnya, wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman pagi esok.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI