fbpx

Bangunan diletupkan selepas dibadai taufan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Hertz dirobohkan menggunakan bahan letupan. - X/New York Post

LAKE CHARLES, LOUISIANA – Sebuah menara pejabat di negeri Louisiana yang rosak teruk dalam dua bencana taufan pada tahun 2020 akhirnya dirobohkan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menara Hertz yang terletak di bandar Lake Charles, dirobohkan menggunakan prosedur letupan terkawal selepas pekerja memasang bahan bahan letupan di dalam bangunan setinggi 22 tingkat itu pada Sabtu lepas.

Letupan menyebabkan awan debu yang bergumpal naik ke udara dan merebak ke seluruh kawasan tersebut.

“Saya tahu betapa sukarnya pentadbiram bandar ini cuba bekerjasama dengan beberapa syarikat pemaju untuk melihat menara ini diselamatkan.

“Namun, akhirnya terbukti bahawa perkara ini terlalu sukar. Sudah empat tahun, sudah cukup lama,” kata Datuk Bandar Lake Charles, Nic Hunter.

Taufan Laura yang melanda Lake Charles telah merosakkan Menara Hertz dengan teruk termasuk tingkap-tingkapnya pecah dan air memenuhi bangunan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI