fbpx

Asri Hamidon ketuai Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asri Hamidon.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melantik bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Seri Asri Hamidon bagi mengetuai Jawatankuasa Khas Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ketika Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024, di sini hari ini.

Shamsul Azri berkata, bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan kerajaan (GIC) dan syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) pula, ia akan diteruskan oleh pasukan pantau Madani di Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, sekretariat itu akan bertugas serta-merta dalam usaha kerajaan melaksanakan pembaharuan membabitkan perkhidmatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI