fbpx

Anwar terima kunjungan Pengerusi Marriott International, ambil peluang promosi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan Pengerusi Marriott International, David Marriott hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi syarikat hospitaliti terbesar di dunia iaitu Marriott International, David Marriott hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, peluang itu digunakan bagi mencari ruang untuk membantu promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selain meningkatkan jaringan penerbangan yang lebih luas.

“Saya sempat berkongsikan polisi Kerajaan Madani yang kini telah membuahkan hasil apabila negara berjaya merekodkan peningkatan kehadiran pelancong asing sebanyak 28.9 peratus untuk separuh tahun 2024 berbanding tempoh yang sama tahun 2023.

“Ini ditambah dengan kekayaan Malaysia dengan budaya dari kepelbagaian kaum, makanan yang enak serta keunikan biodiversiti mampu mengangkat negara ini sebagai satu destinasi tumpuan utama dalam rantau Asia Tenggara khususnya dalam kalangan pelancong negara barat,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, adalah penting usaha mempromosikan Malaysia turut disertai oleh pemain industri dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara supaya pulangan daripada kejayaan itu akan dapat turut memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI