fbpx

Anwar, Paetongtarn berdiskusi melalui panggilan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berdiskusi dengan Paetongtarn melalui panggilan telefon pagi tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau berdiskusi dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra melalui panggilan telefon pagi tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menerusi panggilan telefon itu merakamkan ucapan tahniah kepada Paetongtarn yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada 6 September lalu.

“Malaysia dan Thailand berkongsi banyak kepentingan bersama mencakupi pelbagai bidang kerjasama.

“Justeru, saya menzahirkan keyakinan saya bahawa hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus berkembang dan utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Paetongtarn,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Paetongtarn bagi melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand.

“Ini demi kemajuan dan kemakmuran kedua-dua negara serta rantau ini secara keseluruhannya,” katanya.

Paetongtarn, 37, yang merupakan anak perempuan jutawan Thaksin Shinawatra memenangi undian di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand pada 16 Ogos lalu.

Beliau merupakan Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Thailand yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan.

Paetongtarn mengambil alih kuasa selepas mahkamah tertinggi Thailand memecat Perdana Menteri Srettha Thavisin kerana melantik menteri Kabinet yang mempunyai rekod jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI