fbpx

‘Anjing Rottweiler kot, memang hancur kaki adik saya kalau..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anzalna meminta pihak produksi lebih cakna dengan mengambil langkah berjaga-jaga soal keselamatan pelakon.

PETALING JAYA – Terkesan dengan insiden adiknya Mia Nasir diserang anjing baka Rottweiler, pelakon Anzalna berharap keselamatan di set penggambaran terutama apabila melibatkan haiwan perlu diberi penekanan pihak produksi.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, 36, meminta pihak produksi lebih cakna dengan mengambil langkah berjaga-jaga agar insiden seperti itu dapat dielakkan atau tidak berulang.

“Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing itu berlakon juga, tapi anjing Rottweiler kot.

“Bukan anak anjing, jangan ambil ringan,” katanya menerusi hantaran dalam Insta Story.

Anak kedua daripada lima bersaudara itu turut bersyukur apabila Mia pantas bertindak, sekali gus mengelakkan kecederaan yang lebih parah daripada berlaku.

“Nasib baik Mia cepat bagi reaksi dengan menjerit sekuat hati, kalau tak memang dah hancur kaki adik saya,” ujarnya.

Terdahulu, Mia atau Nur Farah Md. Nasir, 33, berdepan detik cemas apabila diserang seekor anjing yang turut terbabit dalam penggambaran drama tersebut, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, anjing berkenaan dilihat mengigit bahagian bawah kakinya sebelum seorang lelaki dipercayai kru produksi meluru ke dalam set.

Bagaimanapun, akui Mia yang turut berkongsi insiden tersebut dalam TikTok, dia hanya mengalami lebam pada bahagian paha akibat terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI