fbpx

Angin kencang, elak bercuti ke Phuket cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua di kawasan perairan Phuket dan Laut China Selatan dari 13 September sehingga 16 September ini.

MetMalaysia menyatakan amaran ini berkuat kuasa melibatkan kawasan perairan Phuket, Condor, Reef North, Layang Layang dan Palawan serta di kawasan perairan Sulu.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sekitar 50-60 kilometer sejam (km/s) dan ketinggian ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 45 meter (m) yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati jika melancong ke Phuket dalam tempoh tersebut memandang cuti sekolah pertengahan penggal kedua akan bermula beberapa hari lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI