fbpx

Ahli parlimen PH berkumpul, nyatakan solidariti pada Teresa Kok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli parlimen PH berkumpul sekitar Bukit Aman sejak pagi tadi sebagai tanda solidariti terhadap Teresa. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli parlimen (MP) Pakatan Harapan (PH) turun di Bukit Aman, di sini, sebagai tanda solidariti terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang hadir memberi keterangan.

Dilihat hadir, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Para pengamal media terpaksa berteduh di ruangan tempat letak kereta berdekatan susulan hujan lebat.

Proses mengambil keterangan Teresa oleh Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman telah selesai dan beliau dilihat keluar kira-kira pukul 11.55 pagi ini.

Terdahulu, Setiausaha Publisiti DAP itu tiba di Bukit Aman pukul 9.42 pagi untuk dirakam percakapan berkaitan kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Beliau ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Semalam Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat semalam sebanyak 28 laporan polis terhadap Naib Presiden DAP berhubung kenyataanya isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Rentetan itu, satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI