fbpx

40 projek Petra libatkan peruntukan RM5.935 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL Nasrullah (dua dari kanan) ketika meninjau keadaan salah sebuah rumah pam selepas majlis penyerahan projek Persekutuan kepada kerajaan negeri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.935 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menjalankan 40 projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

Timbalan Menteri Petra, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, daripada 40 projek berkenaan, 28 daripadanya merupakan projek sambungan manakala 12 lagi adalah projek baharu dalam Rolling Plan ke-empat tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu juga, sebanyak 25 projek melibatkan peruntukan sebanyak RM4.104 bilion dijalankan di seluruh Pahang tahun ini.

Jelasnya, kesemua projek berkenaan merangkumi projek tebatan banjir, pemuliharaan sungai, pemuliharaan pantai, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Mengulas tentang penyerahan tiga projek siap dilaksanakan Petra di negeri ini, Akmal Nasrullah berkata, ia melibatkan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pahang pakej 1, projek menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir berjumlah RM108.96 juta.

Katanya, ia turut melibatkan Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam–Sungai Ringlet, Cameron Highlands bernilai RM44.94 juta dan RM1.57 juta bagi kerja mencegah hakisan di Pantai Sepat, Kuantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI