fbpx

143 kes pencemaran bau di Johor Bahru terima rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tengah) ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan KKM Sungai Buloh hari ini

SUNGAI BULOH – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 139 kes gejala ringan loya dan pening manakala tiga individu dirawat di fasiliti kesihatan susulan insiden pencemaran bau di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, seorang wanita mengandung turut diletakkan di bawah pemantauan KKM.

“Kesemua mangsa yang terjejas sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan KKM Sungai Buloh hari ini.

Dzulkefly berkata, KKM sentiasa bersedia bekerjasama dengan agensi lain termasuklah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membantu menangani masalah pencemaran bau dan dalam apa jua kes bencana bagi membantu mangsa yang terjejas.

Terdahulu, media melaporkan tiga sekolah di Johor Bahru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini susulan pencemaran bau bahan kimia.

Sementara itu, pada perkembangan lain, Dzulkefly berkata, KKM tidak akan bertoleransi dengan beberapa doktor yang terlibat dalam dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya serahkan siasatan kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kes ini sekarang di bawah siasatan SPRM, jadi ia bukan lagi bidang kuasa KKM untuk mengambil sebarang tindakan lanjut ke atas doktor tersebut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tiga individu iaitu dua doktor ortopedik dan seorang ejen direman bagi membantu siasatan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kes buli membabitkan beberapa doktor di sebuah hospital kerajaan di Sabah, Dzulkefly memaklumkan siasatan terperinci masih berjalan.

“Keputusan lanjut mengenainya akan diumumkan dalam tempoh terdekat iaitu selepas mesyuarat Kabinet.

“Siasatan terperinci akan diteruskan dan keperluan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani kes buli dalam kalangan doktor ini hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Kabinet nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI