fbpx

Pos Malaysia lancar Pos Shop ke-36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (tiga dari kanan) melancarkan Pos Shop ke-36 di Pudu, hari ini.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, meraikan pembukaan Pos Shop ke-36 di Pudu, Kuala Lumpur yang menandakan pencapaian penting dalam perjalanan transformasi peruncitannya.

Berkeluasan lebih 900 kaki persegi, Pos Shop Pudu menawarkan pelbagai pilihan untuk pelanggan, termasuk Pos Kafe yang popular dengan pelbagai pilihan makanan termasuk kopi, minuman dan makanan segera.

Kedai tersebut turut menjual barangan keperluan harian serta produk penjagaan diri dan isi rumah, mewujudkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat.

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah nilai perkhidmatan peranti mudah alih mereka dengan mudah dan membuat pembayaran bil di Pos Shop.

Bagi meraikan pembukaan, pelangaan boleh menikmati promosi eksklusif Beli-1-Percuma-1 untuk Pos Sundaes sementara stok masih ada, dan sebagai sebahagian daripada promosi #SapotLokal, diskaun sebanyak 16 peratus untuk produk terpilih buatan Malaysia boleh didapati sehingga 30 September ini.

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao berkata, sejak melancarkan Pos Shop pertama di Jalan Medan Tuanku pada Mei 2023, pihaknya telah menyaksikan peningkatan purata sebanyak 34 peratus dalam jumlah pengunjung di pejabat pos yang berkaitan.

“Kejayaan ini membuktikan konsep peruncitan inovatif kami yang menggabungkan perkhidmatan pos tradisional dengan kemudahan moden,” katanya dalam kenyataan.

Melangkah ke hadapan, Pos Malaysia merancang untuk mempercepatkan pengembangannya dengan sasaran untuk menubuhkan lagi 14 cawangan Pos Shop di negeri-negeri utama menjelang akhir 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 buah kedai di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI