fbpx

Isteri nampak asap, tidak sangka suami disambar api mesin rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga melihat kawasan mayat warga emas yang ditemui rentung di Jejawi, dekat Arau pada semalam.

ARAU – Mayat lelaki rentung dipercayai akibat disambar api daripada kebakaran mesin pemotong rumput di Jejawi, dekat sini dikenal pasti sebagai seorang pesara Telekom Malaysia berusia 75 tahun.

Mayat mangsa, Tunku Mahadzir Tunku Ahmad ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah terletak bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada petang semalam.

Berdasarkan keadaan mayat yang mengembung, mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira dua hari sebelum itu.

Isteri Tunku Mahadzir, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, berada di dalam rumah dan mengalami masalah lupa atau demensia.

Adik ipar Sharifah Puziah, Rosida Aziz, 60, berkata, kakak iparnya itu memberitahu dia menyedari asap, namun menyangka ia daripada sisa rumput yang dibakar.

“Saya pun tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku sehingga semalam apabila salah seorang ahli keluarga menghantar gambar kejadian yang tular di laman sosial Facebook.

“Ia mengejutkan saya apabila mendapati ia melibatkan suami kepada kakak ipar saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Sharifah Puziah berkata, arwah suaminya seorang yang rajin bekerja dan tidak boleh duduk diam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI