fbpx

[VIDEO] Rumah terbakar, pemuda gadai nyawa selamatkan arnab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda berusaha mengeluarkan dua ekor arnab dalam kejadian kebakaran di Kajang Utama.

PETALING JAYA – Seorang pemuda sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan dua ekor arnab di dalam sangkar semasa kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Kajang Utama.

Menerusi video tular di TikTok, pemuda tersebut berusaha mengeluarkan dua ekor arnab di dalam sangkar yang terletak di tembok tepi longkang.

Kelihatan api sedang marak di rumah berkenaan, namun pemuda itu tidak mengendahkannya dan cuba membuka sangkar menggunakan pemotong besi.

Tindakan pemuda itu mendapat pujian orang ramai, bahkan dia yang menggunakan akaun TikTok @jxson3636 turut memaklumkan pada ruangan komen bahawa kedua-dua arnab tersebut selamat.

Orang ramai turut berterima kasih kepadanya selain menyifatkan pemuda tersebut sebagai hero.

“Thambi, anda adalah hero sebenar,” komen Seindah Diana08.

“Terima kasih orang baik, anda hero sebenar,” komen Hafidz AR. – KOSMO! ONLINE

@banujeeva8 safe Arnab , from fire #safeanimal ♬ original sound – Banunisha

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI