fbpx

[VIDEO] Pengunjung cemas kepala air di Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian kepala air di Lubuk Jung, Sungai Sedim.

KULIM – Pengunjung di Lubuk Jung di Sungai Sedim, di sini cemas apabila berlaku kejadian kepala air di situ berikutan hujan lebat pada petang tadi.

Video kejadian tular di media sosial dengan memaparkan beberapa khemah yang dipasang di tepi sungai rosak akibat arus deras. Difahamkan, kejadian tidak melibatkan mangsa.

Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Sungai Seluang ke Masjid Sungai Seluang, Kulim malam ini.

Sementara itu, beberapa kawasan termasuk di Taman Tiram, Taman Tiram Indah dan Kampung Sungai Seluang dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, operasi memindahkan mangsa yang terjejas banjir ke Masjid Sungai Seluang sedang dijalankan.

“Jumlah mangsa dan keluarga terlibat masih dalam proses bancian dan pusat pemindahan sementara kemungkinan dibuka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI