SEREMBAN – Seorang lelaki terselamat selepas kereta jenis Honda City yang dia naiki terjatuh dan menghempap kenderaan lain di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, kereta tersebut dipercayai terjunam dari tingkat satu terminal berkenaan.
Seorang penumpang bas yang enggan dikenali berkata, dia yang kebetulan berada di lokasi terdengar bunyi dentuman sebelum melihat sebuah kereta dalam keadaan terbalik atas jalan.
“Beberapa orang awam mendekati kenderaan itu. Terdapat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an berada di tempat duduk pemandu. Setakat ini saya tidak tahu kecederaannya, cuma nampak kepalanya berdarah. Sebuah lagi kereta tanpa pemandu turut rosak,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, video kejadian itu turut tular di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE