fbpx

UNL: Sentuhan pertama Carsley julang England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH yang kembali menyarung jersi England berjaya meledak satu gol ketika menundukkan Rep. Ireland awal pagi semalam. - AFP

DUBLIN – Permulaan baik buat pengurus sementara England, Lee Carsley apabila berjaya mengemudi pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Republik Ireland pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Stadium Aviva awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Three Lions berjaya memastikan tiga mata pertama bagi saingan Kumpulan F menerusi jaringan yang dilakukan dua pemain tengah, Declan Rice dan Jack Grealish.

Carsley mengakui gembira dengan tiga mata yang diraih pada perlawanan itu, namun ia masih belum mencukupi apabila beliau menganggap pemain-pemainnya mampu mempersembahkan corak permainan lebih baik.

“Bagi saya, kami menampilkan aksi yang cukup baik dalam beberapa aspek dengan pemain cuba melakukan sesuatu. Bagi saya, mereka layak diberikan kredit, lebih-lebih lagi dapat memastikan pintu gol tidak dibolosi.

“Saya juga gembira dengan dua penjaring gol kerana mereka memanfaatkan peluang yang terhidang. Saya percaya mereka akan menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Grealish menyuarakan rasa bangga dan puas kerana dapat kembali menyarung jersi England selepas dia diketepikan daripada skuad pada Euro 2024 yang menyaksikan mereka menjadi naib juara.

“Saya rasa sangat lega kerana kembali mendengar penyokong menyanyikan nama saya di dalam stadium. Sebelum ini, saya seperti mengharungi musim panas yang sangat teruk kerana tidak dapat bersama pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI