fbpx

Tergamak minta Ruhainies jadi Orix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADA peminat netizen minta pihak produksi Duyung versi 2024 mengambil Ruhainies untuk menjayakan watak Orix yang pernah dijayakan Yasin.

SEJAK naskhah pembikinan filem Duyung: Legenda Aurora sekuel daripada Duyung diumumkan, ramai yang teruja dan tidak sabar menunggu hasilnya.

Diva tak sangka rupa-rupanya ramai yan meminati filem Duyung, 16 tahun lalu.

Bukan sahaja mengharapkan jalan cerita lebih menarik, netizen turut meminta agar barisan pelakon yang sudah diumumkan tidak memberi hasil mengecewakan.

Setakat ini, ramai yang merestui Anna Jobling memegang watak utama Aurora yang juga seekor duyung.

Namun, paling lucu, ramai mahu Ruhainies memegang watak Orix yang sebelum ini dilakonkan Yasin Senario.

“Kami nak Ruhainies jadi Orix.

“Rumah produksi tolong ambil Ruhainies jadi Orix,” seloroh netizen.

Diva pun tertanya-tanya mengapa begitu ramai netizen memetik nama Ruhainies untuk watak tersebut. Tergamak tau. Mungkin juga mereka hanya bergurau dan harap Ruhainies tak terasa hati.

Harapnya hasil filem sekuel ini nanti menepati kualiti yang Diva harapkan. Buatlah rakyat Malaysia bangga dan rasa berbaloi untuk menonton hasilnya di pawagam.

DIVA: Dengarnya masalah anxiety Maya Karin masih belum sembuh sepenuhnya dan menggigil ketika sesi temu bual bersama media baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI