fbpx

Teresa Kok disiasat kenyataan berkaitan isu pensijilan halal – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis menerima lima laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataan isu pensijilan halal yang didakwa membebankan peniaga di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melibatkan isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R)

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Semua saksi-saksi termasuk pemimpin berkenaan akan dipanggil bagi mtoelengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tegas Razarudin, walaupun kebebasan memberikan pendapat itu dibenarkan melalui Perlembagaan Persekutuan namun terdapat limitasi.

Tambah beliau, mengeluarkan kenyataan atau membalas kenyataan tersebut boleh mencetuskan kegentaran awam dan mengapi-apikan antara kaum.

“Kenyataan yang bersifat sedemikian juga merupakan satu kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Semua masyarakat diseru untuk menghayati prinsip Rukun Negara,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kenyataan dikeluarkan Teresa dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian kerajaan.

Kata Anwar, kenyataan Naib Presiden DAP itu hanya mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.

Anwar juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.

Sehubungan itu, Teresa ditegur tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang disifatkan tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.

Kelmarin, Teresa berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Tambahnya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil selain menambahkan kos pentadbiran.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd. Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI