fbpx

Tebing runtuh: Bunyi siren selamatkan 100 pekerja tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian selepas rntuhan berlaku di tebing sungai sehingga menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas, Puchong, semalam. Foto IHSAN JBPM

PUCHONG – Kira-kira 100 pekerja di tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di Taman Mas, di sini, semalam, berjaya menyelamatkan diri daripada runtuhan tebing yang menenggelamkan projek berkedalaman 19 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pergerakan tanah di tempat kejadian dikesan seterusnya siren dibunyikan sebagai amaran kepada pekerja.

Katanya, siasatan awal mendapati semua pekerja berjaya keluar dari tapak pembinaan dan ia dimaklumkan sendiri oleh pengurus projek.

“Bermula dengan bunyi pergerakan tanah, mereka telah mengaktifkan siren, mengeluarkan pekerja projek ke tempat yang selamat manakala proses runtuhan tebing dipercayai mengambil masa lebih kurang 20 minit.

“Alhamdulillah, dalam masa 20 minit semua pekerja berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau memberitahu pihaknya menjalankan pemantauan serta pematuhan arahan untuk menghentikan kerja-kerja di lokasi kejadian.

“Kawasan terkawal namun masih ada rekahan akibat pergerakan tanah semalam dan puncanya masih dalam siasatan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pasukan diketuai Ketua Balai Bomba Cyberjaya diarahkan lokasi hari ini untuk melaksanakan pemantauan.

Gamuda Berhad dalam kenyataan berkata, tiada kecederaan dialami oleh pekerjanya mahupun orang awam dalam kejadian tersebut.

Ujarnya, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air terbabit dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI