fbpx

Syamsul, Ira – Antara cinta, pembalasan dan air mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA berselang masa lebih setahun selepas bercerai dengan Puteri Sarah, Syamsul Yusof kembali kembali ke mahkamah syariah. Kali ini dia sekali lagi menyembunyikan rasa sebalnya saat menoktahkan hubungan suami isteri yang tidak sampai dua tahun bersama Ira.

KIFARAH! Itu antara ayat yang ditujukan kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila perkahwinan dengan isteri baharunya, Ira Kazar yang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang dua tahun tahun.

Ibarat sampah cacian susulan kehancuran perkahwinan pertamanya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana hancur musnah pada Jun 2023 belum terlupus, perceraian talak satu dengan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, pada 5 September lalu pula mencetuskan tepuk sorak.

Kekalahan Ira-Syamsul seakan-akan kemenangan semula Sarah di mata ramai.

Sejak kes dikemukakan ke mahkamah, segala macam komen pedas dalam media sosial portal berita sebaik khabar perceraian mereka dimuat naik, sama seperti pengumuman pernikahan pasangan terbabit di Selatan Thailand dihebahkan 6 Januari 2023.

Namun ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Khamis lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengambil pendekatan mengunci mulut sama seperti sewaktu mendepani momen perceraian dengan Puteri Sarah pertengahan tahun lalu.

“Saya no (tiada) comment. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi.

“Saya tak mahu kongsi,” katanya ringkas ketika selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Sabak Bernam, Selangor.

Pilih diam

Situasi sama dengan Ira yang sebelum ini dilempar pelbagai panggilan kurang manis termasuk penyondol turut memilih jalan selamat tidak mengulas sebarang pertanyaan wartawan.

Kedua-duanya nampak tenang ketika tiba di premis terhormat yang menjadi saksi terputusnya ikatan suci antara mereka, bahkan masih mampu mengukir senyuman.

Cuma duka di hati siapa tahu, terutama kepada Ira selaku individu yang menjadi sasaran cemuhan sejak belum lagi bergelar suami isteri.

Kecaman sama juga menerjah ke mukanya tatkala Syamsul dan Puteri Sarah bercerai.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Minta maaf (enggan komen).

“Saya okey,” kata wanita berusia 29 tahun itu.

Atas dakwaan sebagai ‘orang ketiga’, anak kepada aktor Kazaruddin Saisi itu berterusan mendepani kemarahan khalayak dalam media sosial biarpun ketika hanya berkongsi masakan.

Adilkah serangan sebegitu? Berbaloikah pengorbanan dilakukan untuk bersama insan tersayang semata-mata ingin menghalalkan ikatan cinta yang dibina atas dasar suka sama tetapi hidup bersulam air mata?

Hanya tuan punya diri yang mampu menjawab segala persoalan. Kini belum pun dua tahun menikmati kemanisan hidup suami isteri, jodoh mereka ternoktah begitu sahaja.

Begitupun, masih ada dalam kalangan khalayak yang bersimpati dengan nasib Ira apabila meninggalkan kata-kata semangat agar dia terus bersabar.

Enggan tambah derita

Sementara itu, dalam kegamatan kes perceraian pasangan kontroversi terbabit, Puteri Sarah selaku bekas isteri Syamsul juga tidak terlepas daripada radar masyarakat yang ingin mengetahui respons peribadinya.

Menantu kesayangan penerbit, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail itu nyata sudah berdamai dengan takdir apabila enggan menambah penderitaan orang lain menerusi komen dibuat.

“Itu adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka,” katanya ditanya media berkenaan perceraian bekas suaminya.

Kini baik Syamsul mahupun Ira, mereka sudah memilih jalan masing-masing, namun suka atau tidak, pernikahan dan perceraian mereka akan sentiasa dalam lipatan sejarah dunia hiburan tanah air. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku tetapi bukan mustahil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI