fbpx

Suami isteri disyaki dalang sindiket dadah disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri (berbaju lokap ungu) ditahan reman bagi membantu siasatan sindiket pengedaran dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri yang disyaki dalang sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan polis pada 1 September lalu terus ditahan reman sehingga Jumaat ini.

Perintah lanjutan reman selama enam hari terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 37 tahun itu dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Mereka sebelum ini telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 September lalu dan sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! Online 2 September lalu melaporkan sindiket pengedaran dadah disyaki didalangi sepasang suami isteri berjaya dilumpuhkan polis bersama rampasan lebih RM1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI