fbpx

Sindiket peralat rakan kudung mengemis, raih RM12,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIM Johor berjaya menumpaskan sindiket pengemis OKU warga China menerusi Ops Serkap yang dibuat di sebuah premis kediaman di bandar raya ini, Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengemis jalanan terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) tumpas selepas enam rakyat China ditahan pada Khamis lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, kesemua suspek ditahan dalam Ops Serkap yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasanya pada pukul 4.20 petang.

“Sindiket itu menjadikan sebuah apartmen di bandar raya ini sebagai tempat pertemuan untuk menyerahkan hasil kutipan mengemis.

“Modus operandi pengemis OKU itu dengan meraih simpati menggunakan kekurangan dan kecacatan fizikal mereka selain berpura-pura sakit bagi mendapatkan sumbangan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sindiket terbabit didalangi oleh dua wanita warga China yang mengutip hasil mengemis daripada rakan senegara yang kudung sebelah kaki dan sebelah tangan.

“Dua wanita itu menjadi orang atasan kepada semua lelaki OKU berkenaan, mereka juga mengagihkan imbuhan kepada semua pihak terlibat.

“Siasatan awal mendapati setiap seorang pengemis mampu meraih wang RM2,400 hingga RM12,000 sebulan. Mereka dipercayai menerima imbuhan sehingga RM1,200 sebulan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI