fbpx

Sindiket curi kabel Telekom tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabel yang berjaya dirampas dari sindiket curi dan khianat kabel TM dan tangkapan tujuh suspek di Muar.

MUAR – Satu sindiket curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) tumpas apabila tujuh diberkas termasuk seorang suspek utama yang memiliki 34 rekod jenayah di sini, pada 5 September lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, semua suspek diberkas di sebuah bengkel kira-kira pukul 4.30 pagi.

Katanya, polis berjaya menangkap tujuh warga tempatan berumur antara 23 sehingga 47 tahun terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan.

“Hasil siasatan awal polis mendapati sindiket ini menjalankan kegiatan mencuri kabel dengan cara memotong dan menarik keluar kabel daripada mainhole menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Raiz Muhkliz, pihak polis turut merampas beberapa peralatan seperti pemotong kabel, papan tanda, kon, tali lam yang disyaki digunakan dalam kegiatan curi kabel TM dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI