fbpx

Protes di Perancis tolak PM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengambil bahagian dalam protes di Marseille, selatan Perancis semalam. - AFP

PARIS – Lebih 100,000 orang menyertai tunjuk perasaan di seluruh Perancis semalam bagi menentang pelantikan ahli politik berhaluan kanan, Michel Barnier sebagai Perdana Menteri baharu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pelantikan itu dibuat meskipun keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa blok berhaluan kiri, New Popular Front (NPF) memenangi jumlah kerusi terbanyak.

Protes itu dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan anggota NPF yang berang kerana calon pilihan mereka untuk ditolak oleh Presiden Emmanuel Macron.

Bagaimanapun, Barnier berkata, beliau terbuka untuk membentuk kerajaan dengan ahli politik merentasi spektrum politik termasuk daripada sayap berhaluan kiri.

Kementerian Dalam Negeri berkata, seramai 110,000 orang melakukan protes di seluruh negara termasuk 26,000 di Paris walaupun seorang ketua protes mendakwa jumlah sebenar ialah 300,000 peserta. 

Seorang tokoh veteran daripada parti radikal France Unbowed, Jean-Luc Melenchon menyeru agar tunjuk perasaan besar-besaran diadakan.

Melenchon menyertai protes di Paris dengan memberikan ucapan ketika penunjuk perasaan menggunakan slogan seperti ‘demokrasi dinafikan’ dan ‘pilihan raya dicuri’.

Parti berhaluan kiri marah kerana calon perdana menteri mereka, Lucie Castets ditolak oleh Macron,yang berkata bahawa beliau tidak mempunyai peluang untuk bertahan dalam undi percaya di Dewan Negara.

Barnier bagaimanapun dijangka dapat bertahan dalam undi percaya kerana parti sayap berhaluan paling kanan turut memenangi sejumlah besar kerusi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI