fbpx

Program Cita Rasa Malaysia 2024 peluang PMKS ‘terbang’ ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika merasmikan Program Cita Rasa Malaysia @ Dubai 2024 di LuLu Hypermarket, Silicon Oasis, Dubai, UAE, semalam. Foto IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Program Cita Rasa Malaysia 2024 dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memperkenal dan memasarkan produk di Malaysia mahupun luar negara.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerjasama erat bersama hypermarket asing dalam Malaysia turut dilibatkan bagi tujuan mempromosikan produk PMKS tempatan.

Jelasnya, sebelum program ini dilancarkan, sebanyak 241 Unit Penyimpanan Stok (SKU) barangan buatan Malaysia di bawah promosi KPDN yang memasuki rangkaian LuLu Hypermarket di seluruh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan nilai jualan sebanyak RM30 juta pada 2023.

“Ia terdiri daripada 30 buah syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk segar, makanan dan produk penjagaan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini selepas merasmikan Program Cita Rasa Malaysia @ Dubai 2024 di LuLu Hypermarket, Silicon Oasis, Dubai, UAE, semalam.

Bersempena pelancaran program itu juga, Armizan berkata, LuLu Group Retail Malaysia telah memberi penghargaan kepada syarikat lima teratas berdasarkan jualan produk buatan Malaysia di rangkaian Pasar raya LuLu di UAE.

“Syarikat tersebut ialah Kawan Food Berhad, Carepro PLT, Chocofac (M) Sdn. Bhd., Sydney Cakehouse Sdn. Bhd. dan Hwa Tai Industries Berhad meliputi barangan makanan dan minuman serta produk penjagaan diri,” ujarnya.

Tambah Armizan, berdasarkan trend nilai eksport makanan proses dari Malaysia yang semakin meningkat sehingga hampir mencecah RM600 juta di UAE pada tahun lalu.

“(Ini) dilihat PMKS Malaysia semakin bersedia untuk memasuki sekali gus bersaing di pasaran global,” katanya.

Bagi tahun ini katanya, KPDN akan meneruskan kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar bagi tujuan penyenaraian barangan Malaysia ke pasaran luar negara selain UAE iaitu di Thailand, Jepun dan China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI