fbpx

Pestabola Merdeka: Tajikistan menang penentuan tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Filipina, Patrick Reichelt diasak pertahanan Tajikistan pada aksi penentuan tempat ketiga sebentar tadi. - Foto AMIR KHALID/KOSMO

KUALA LUMPUR – Pasukan Tajikistan menang penentuan tempat ketiga Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Filipina menerusi penentuan penalti 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tajikistan yang menjadi juara edisi lepas terpaksa bermandi peluh selepas aksi penentuan tempat ketiga itu terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti susulan aksi 90 minit berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Pemain tengah, Alisher Shukurov muncul wira Tajikistan apabila menyudahkan sepakan penalti terakhir selepas Jefferson Tabinas dan Javier Gayoso gagal menyempurnakan sepakan buat the Azkals. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI