fbpx

Pengantin rempuh pengiring majlis sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIRAH (kiri) dan Collier. - Foto Jabatan Polis Flint

WASHINGTON – Sepasang pengantin baharu didakwa merempuh seorang pengiring menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas mereka bertengkar pada hari perkahwinan, lapor laman berita Metro UK semalam.

Pengantin lelaki, James Douglas Shirah, 22, memandu bersama isterinya, Savanah Collier, 21. Mereka merempuh Terry Taylor Jr., 29, sejurus selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu, demikian menurut Jabatan Polis Flint di Amerika Syarikat (AS).

Taylor dihantar ke Pusat Perubatan Hurley sebelum dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Penyiasat-penyiasat mendapati bahawa Taylor ialah pengiring  pengantin lelaki dalam majlis pada 30 Ogos lalu.

Selepas majlis berlangsung, mangsa terlibat dalam pertengkaran, menyebabkan dia dilanggar dengan sengaja oleh sebuah SUV yang dipandu secara laju.

Pertengkaran itu berlaku di Flint Pizzeria, Michigan, manakala punca perbalahan tidak diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI