fbpx

Ambil kesempatan bukan sekali, tetapi tiga kali – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) yang dihukum penjara 28 tahun dan 24 sebatan kerana merogol adik ipar berjalan keluar dari kamar mahkamah selepas membayar wang jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang pemotong rumput memperkosa adik iparnya tiga tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 28 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia 39 tahun tersebut didapati bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

“Jenayah rogol atau sumbang mahram adalah keji di mata masyarakat dan hukuman berat harus dikenakan kepada tertuduh.

“Tertuduh sebagai dewasa juga seharusnya menjaga mangsa, namun jelas mengambil kesempatan atas kenaifan mangsa bukan sekali tetapi tiga kali,” katanya ketika membacakan penghakimannya hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman pertuduhan pertama bermula hari ini.

Hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula diarahkan berjalan serentak sebaik tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama.

Tertuduh hanya dikenakan hukuman sebatan maksimum 24 kali mengikut peruntukan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa memperkosa mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di Marang antara Februari dan Julai 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai dengan jaminan RM35,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI