fbpx

‘Pelakon aksi perlu ada asas, saya sendiri belajar muay Thai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusuf Bahrin bersetuju pelakon aksi zaman sekarang kurang berkualiti.

KUALA LUMPUR – Badan tegap tetapi lembik, pelakon Yusuf Bahrin bersetuju dengan kenyataan aktor senior, Ruzaidi Abdul Rahman yang berpendapat ramai pendatang baharu bertubuh kekar, namun gagal membawakan watak aksi dengan baik.

Perlu ada inisiatif, Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 32, berkata, pelakon wajib mempelajari asas seni mempertahankan diri agar babak aksi dilakukan lebih menyakinkan dan cantik dalam kamera.

“Saya setuju, kalau kita tengok rata-rata terutamanya Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Beto Kusyairy, dan Datuk Adi Putra mereka ni ada asas pertarungan jadi bila kita berlakon satu set dengan mereka, babak itu jadi cantik.

“Perlu ada asas. Macam saya pun, saya tengah belajar muay Thai, silat untuk saya membuat persediaan. Tidaklah beria cuma kena tahu serba sedikit.

“Jadi bila masuk set penggambaran, kita dah bersedia dengan sebarang babak aksi, tak nampak cacat babak itu dan tak payah buat banyak kali,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Diri sendiri pernah ditegur, pelakon filem The Lord Musang King itu menasihatkan pelakon baharu agar mendalami kemahiran tersebut sebelum memasuki set penggambaran supaya tidak menyusahkan ramai orang sekeliling.

“Kita semua kena ada asas untuk buat babak aksi terutama pelakon baharu, kalau dapat naskhah baru nak belajar memang tidak sempat.

“Itu semua untuk kemudahan kita dan menyenangkan orang lain juga di set penggambaran. Saya pernah ada pengalaman berbuat demikian, bila di set saya tengok kemahiran pelakon lain lebih hebat berbanding saya sedangkan saya yang watak utama cerita itu. Memang rasa malu.

“Percayalah bahawa asas pertarungan ini tidak boleh ditipu menggunakan teknik kamera. Memang kena ada asas,” tegasnya.

Terdahulu, Ruzaidi menzahirkan rasa risau apabila industri tanah air sudah kurang pelapis filem aksi malah mengakui pernah berlakon dan melatih pelakon baharu yang bertubuh sasa, namun gagal beraksi walaupun menumbuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI