fbpx

Norza dilantik Naib Presiden OCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA dilantik sebagai Naib Presiden OCA zon Asia Tenggara selepas menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut.

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik secara rasmi sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi zon Asia Tenggara pada Perhimpunan Agung yang diadakan di New Delhi, India hari ini.

Norza yang baru sahaja melepaskan jawatan selaku Presiden Badminton Malaysia (BAM) merupakan calon tunggal untuk posisi tersebut, sekali gus menyaksikan beliau tidak ditentang pencabar-pencabar lain.

Pelantikan itu mendapat perhatian Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Hamidin Mohamad Amin yang mengalungkan ucapan penghargaan selain percaya pemilihan Norza bagi penggal 2024-2028 mampu mengukuhkan Pergerakan Olimpik di rantau ini.

“Mewakili keluarga MOM, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Norza atas pelantikannya sebagai Naib Presiden OCA.

“Pemilihan Tan Sri Norza membuktikan sifat kepimpinan serta dedikasi beliau terhadap kemajuan Pergerakan Olimpik bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Lebih manis, Norza turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia kedua memegang jawatan tersebut selepas Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah yang menjawatnya pada 1982.

Sebagai rekod, Perhimpunan Agung OCA menjalankan pemilihan untuk lembaga eksekutif bagi penggal 2024-2028, termasuk seorang presiden, lima naib presiden yang mewakili zon, lima ahli dari setiap zon berlainan jantina kepada naib presiden masing-masing serta dua wakil dari jawatankuasa Atlet OCA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI