fbpx

Makan hati, nak ‘muntah’ tengok kaki Eina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUBUH langsing Eina membuatkan peminat mahu memuntahkan semula makanan yang masuk ke perut.

MELIHATKAN penampilan pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman dalam media sosial, memang ramai yang akan makan hati.

Gaya ibu kepada dua anak itu bukan sahaja buat ramai wanita cemburu, tetapi sampai rasa hendak muntah.

Kenapa pula sampai hendak muntah? Mana tidaknya bentuk fizikal pelakon itu yang dikatakan sempurna dan kurus, membuatkan mereka ingin memuntahkan semula makanan sekali gus mengamalkan diet dan melakukan aktiviti fizikal.

Perkara itu disuarakan oleh seorang pengguna media sosial menerusi perkongsian Eina dalam Instagram.

Disebabkan dia seorang ingin ‘muntah’, maka ramailah yang lain juga ingin melakukan perkara sama sehingga mencetuskan perdebatan.

Ada mengatakan ucapan hendak muntah itu terlalu melampau dan biadab selain dikatakan mempunyai unsur dengki dan iri hati.

Perkara itu kemudian telah mencetuskan ‘perang’ dalam kalangan pengguna media sosial yang mempertahankan kenyataan ‘ingin muntah’ itu kerana rasa tercabar dengan kecantikan kaki Eina.

Dalam perkongsian Eina yang menunjukkan dia seronok menikmati percutian indah di Bali, Indonesia bersama suami, sebilangan peminat pula berebut untuk menjadi cantik seperti dirinya.

Diva: Takut betul dengar satu per satu artis kongsikan pengalaman mereka pernah menjadi mangsa ilmu hitam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI