fbpx

Lelaki rentung disyaki disambar api mesin rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mesin rumput yang dipercayai terbakar sebelum api menyambar seorang lelaki sehingga maut di Jejawi, Arau.

ARAU – Satu mayat lelaki rentung tanpa identiti yang disyaki maut akibat kebakaran mesin rumput ditemui oleh orang awam di halaman sebuah rumah di Jejawi dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada pukul 6.33 petang dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kesan pergelutan dikesan pada tubuh mangsa mahupun di sekitar lokasi kejadian.

“Mayat rentung itu dijumpai berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Jejawi. Mangsa dipercayai seorang pemotong rumput upahan ditemui dalam keadaan terlentang dan mula mengembung akibat terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mesin rumput digunakan mangsa terbakar menyebabkan api menyambar tubuhnya dan keadaan mayat menunjukkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari sebelum ditemui.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk proses bedah siasat dan pihak polis masih berusaha mengenal pasti identiti lelaki terbabit.

“Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI