fbpx

Buang lampin bayi, tak pasal-pasal 16 pengunjung kena rotavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN Rekreasi Che Minah Sayang.

MARAN – Sisa buangan lampin pakai buang bayi dipercayai menjadi punya penularan wabak rotavarius yang melibatkan pengunjung di Taman Rekreasi Che Minah Sayang, di sini baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, setakat ini seramai 16 kes direkodkan terdiri daripada kanak-kanak berumur dua hingga 11 tahun dan seorang wanita dewasa berumur 27 tahun dilaporkan dijangkiti wabak itu.

“Pada 5 September lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Maran menerima satu notifikasi wabak ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE) dalam kalangan kanak-kanak dengan gejala sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam setelah mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang.

“Semua kanak-kanak terlibat adalah stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka, manakala wanita yang merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, berdasarkan ujian makmal mendapati, penyebab wabak itu adalah jangkitan rotavirus dan bukannya disebabkan oleh kencing tikus atau leptospirosis.

Katanya siasatan awal juga mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi.

Justeru katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menasihatkan pihak pengurusan Taman Rekreasi Che Minah Sayang untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman rekreasi itu selain memastikan semua premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat.

“Orang awam juga disaran cakna dengan tidak membawa anak-anak yang kurang sihat atau warga emas untuk berekreasi di taman rekreasi tersebut.

“JKNP ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi etika kebersihan dengan melupuskan lampin pakai buang bayi dengan cara yang selamat serta tidak membuang sampah-sarap merata-rata ketika mengunjungi mana-mana taman rekreasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI