fbpx

Kadar tol boleh kurang kalau kos pembinaan dikawal – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR ketika melawat gerai jualan di Majlis Perasmian Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, di Seremban, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID.

SEREMBAN – Kadar tol lebuh raya yang akan dibangunkan selepas ini boleh dikurangkan sekiranya kos pembinaannya dapat dikawal, selain tidak berlaku sebarang unsur ketirisan dan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujudnya ‘bayaran-bayaran’ bagi tujuan mempercepatkan kelulusan dalam setiap projek pembangunan sebelum ini juga menyebabkan kos projek terbabit meningkat.

Katanya, isu berkenaan sering dibangkitkan sebelum ini dan beliau berharap supaya kos pembangunan lebuh raya itu dapat diteliti supaya tiada kebocoran berlaku.

“Saya penah ucap dulu, semasa pengalaman saya dengan UEM di peringkat awal, bagaimana kos itu terpaksa ditingkatkan pada hal boleh dikurangkan kerana terlalu banyak bayaran yang diberikan untuk pantaskan kelulusan.

“Ini mesti dihentikan, saya percaya untuk projek-projek seterusnya pastikan kelulusan disegerakan,” katanya sewaktu berucap merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI