fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin).

“Selain itu, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) dan Johor,” menurut MetMalaysia hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ataudijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI