fbpx

Hafiz Suip jalani bon berkelakuan baik 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBABKAN insiden pergaduhan di sebuah jalan raya, Hafiz Suip perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan.

PETALING JAYA – Penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik susulan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.

Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama.

Ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

Perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Bulan lalu, tular satu video pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki tersebut membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.

Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Perkara itu dikongsikan rakan Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud menerusi Facebook yang memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI