fbpx

Kerap bawa murid bersiar-siar, rupa-rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (tengah) untuk prosiding reman di Mahkamah Majisret Kota Bharu, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang guru Matematik di sebuah sekolah di Tumpat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 49 tahun sehingga 14 September ini dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di  Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Guru tersebut dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sewaktu semasa sesi persekolahan.

Perbuatan itu turut dilakukan di dalam kereta di kawasan pusat beli-belah di sini dan di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan, selain dipercayai sering mengambil mangsa untuk keluar berjalan-jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI