fbpx

Nak makan, makan, tak makan sudah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024, Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula - War On Sugar di Port Dickson hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Penglibatan pengusaha gerai, restoran, medan selera, katerer dan hotel di negara ini amat diperlukan agar usaha kerajaan dalam Kempen Perangi Gula menjadi lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adlaah tinggi.

“Peringkat jabatan kerajaan sudah ditetapkan pengurangan kadar pengambilan gula sebanyak 50 peratus melibatkan sajian kuih-muih. Nak makan, makan, tak makan sudah sebab kita fikirkan keselamatan kesihatan. Ini yang kita katakan kecelikan kesihatan, literasi kefahaman masyarakat, apa itu erti kesihatan, apa itu erti pendidikan.

“Beritahu rakyat, penyakit kencing manis ini nombor satu (Malaysia) rekod di Asia.

“Ini menunjukkan tidak ada kecelikan kesihatan, kita selamatkan negara kita, selamatkan anak-anak kita, ibu bapa dengan kawal bukan suruh hentikan terus,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024, Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula-War On Sugar di sini hari ini.

Perdana Menteri menambah, kecelikan kesihatan dalam kalangan rakyat juga akan membantu dalam mengatasi isu kesesakan di hospital.

“Kalau sakit, biar kita bertanggungjawab, saya tengok Hospital Kajang sampai kat lobi, beratur-ratur katil. Saya terus WhatsApp Dr. Dzul (Menteri Kesihatan), tetapi beliau pun ada batas, peruntukan kewangan yang ada sekarang.

“Belanja sudah tinggi dan pesakit kian ramai. Ada langkah-langkah diambil KKM untuk mengurangkan, tetapi kalau kita ada kecelikan kesihatan kesesakkan di hospital boleh dielakkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI