fbpx

Final Pestabola Merdeka: Kehadiran penonton meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juliana Kahar bersama ahli keluarganya hadir menyokong Harimau Malaya pada aksi final Pestabola Merdeka malam ini.

KUALA LUMPUR – Aksi final Pestabola Merdeka 2024 sebentar lagi dijangka lebih meriah dengan kehadiran lebih 5,000 penonton untuk menyaksikan perlawanan Malaysia bertemu Lebanon di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam ini.

Kosmo! meninjau kehadiran penyokong Harimau Malaya di perkarangan SNBJ lebih tinggi berbanding aksi Malaysia menentang Filipina pada Rabu di venue sama, Rabu lepas.

Seorang peminat Harimau Malaya, Juliana Kahar berkata, keputusan untuk hadir bersama keluarga ke SNBJ demi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

“Hari ini (penyokong) lebih ramai berbanding Rabu lalu, kita boleh saksikan Stadium Nasional Bukit Jalil ‘hidup’ semula,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ghadaffi Adman hadir kerana mahu memberi peluang kepada dua anaknya merasai suasana menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

“Saya bawa dua orang anak (Muhamad Mirza, 10 dan Muhamad Harith, 8) untuk saksikan Malaysia beraksi, selepas ini apabila sudah besar mereka boleh datang sendiri. Ini pendedahan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot saingan Pestabola Merdeka sebagai tanda bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI