fbpx

‘Empangan Sabo tak mampu tampung aliran deras Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan.

SUNGAI PETANI – Keberkesanan Empangan Sabo di Sungai Titi Hayun, Yan berkemungkinan perlu dikaji semula selepas infrastruktur itu dilihat tidak mampu menampung aliran deras air dari Gunung Jerai yang menyebabkan banjir kilat, semalam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tragedi aliran puing yang berlaku di kawasan itu pada 2021 telah mengubah bentuk muka bumi kawasan berkenaan sehingga Sungai Titi Hayun menjadi cetek.

Justeru itu, Sanusi meminta agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) meninjau semula kawasan tersebut bagi melihat kaedah baharu untuk mengelak bencana kembali berulang.

“Apabila kepala air datang dulu (pada 2021), sungai itu jadi cetek. Batu terhimpun di dasar sungai menyebabkan sungai terangkat. Mungkin kena ada kerja mendalamkan lagi untuk keluarkan semua batu itu,” katanya selepas Majlis Penutupan Festival Insan Sejahtera 2024 di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini.

Katanya, penduduk yang terjejas di beberapa kawasan akibat banjir kilat semalam diharap bersabar sementara kajian baharu di kawasan kerap berlaku bencana berkenaan dilaksanakan pihak berkuasa.

“Macam di Yan sudah ada Empangan Sabo tetapi air masih lalu laluan yang sama. Fenomena lepas perubahan iklim ini bagi kita senario baharu. Ada kawasan air tak pernah naik tiba-tiba naik, ada musim kering tiba-tiba hujan selebatnya.

“Gunung Jerai tidak pernah memuntahkan air sebanyak itu tetapi ada sekarang. Ini kerana ia adalah fenomena yang akan berlarutan sejak kita mula hadapi pada 2021, kita sudah ambil langkah pencegahan seperti bina Empangan Sabo,” katanya.

Terdahulu, sebanyak empat buah kampung di Yan iaitu Seberang Pekan Yan, Raga, Ruat dan Titi Bakong dilanda banjir kilat kesan limpahan air deras dari Gunung Jerai di kawasan Sungai Titi Hayun dan Seri Perigi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI