fbpx

Paralimpik Paris: Bonnie fokus baiki ranking dunia di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas pada temasya kali ini sekali gus mempertahankan kemenangan ketika di Tokyo 2020. - FB MAJLIS SUKAN NEGARA

PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik dua kali berturut-turut, Bonnie Bunyau Gustin mengakui akan memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan kerana perlu berdepan Kejohanan Powerlifting Para Dunia di Mesir tahun depan.

Bagi atlet kelahiran Sarawak itu, dia kemungkinan tidak akan berehat lama kerana perlu menjalani rawatan dan seterusnya kembali berlatih semula agar keadaan dirinya sentiasa dalam momentum terbaik.

“Kemungkinan tahun depan akan ada Kejuaraan Dunia di Mesir dan saya akan sertai kejohanan itu. Saya ingin baiki ranking saya dan tidak melihat untuk pecah rekod itu sebagai keutamaan.

“Sebelum ke Mesir, saya akan melakukan rawatan susulan untuk memastikan kecederaan yang sedang alami ini tidak tidak serius dan mampu kembali menjalani latihan.

“Jika diikutkan ada bengkak (bahagian bahu kiri). Sebab itu saya gantung dulu tangan saya (waktu penyampaian pingat) sebab tangan tidak boleh turun ke bawah, tetapi selepas doktor letak ais sedikit, barulah rasa ok,” katanya.

Sebagai rekod, Bonnie mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan di Paris sebelum temasya bermula dan dia terpaksa bertarung dalam keadaan yang kurang selesa ketika melakukan ketiga-tiga angkatan untuk menjelmakan emas buat kontinjen Malaysia.

Terdahulu, Bonnie yang bertanding dalam kategori 72 kilogram (kg) itu berjaya melakukan angkatan 232 kg dan itu membolehkan dirinya mencipta rekod dunia baharu dan memadam rekod lama miliknya sendiri, 231 kg yang dilakukan pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI