fbpx

Beri alasan keluar banyak darah haid lepas bersalin, buang bayi belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki yang dijumpai di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan, Machang semalam.

MACHANG – Seorang wanita tergamak membuang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkannya di belakang rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini sebelum melarikan diri ke rumah bapa angkatnya di Tanah Merah dekat sini semalam.

Wanita berusia lingkungan 20-an yang masih bujang itu bertindak demikian kerana takut tembelangnya yang menyembunyikan kandungan selama ini pecah dan diketahui oleh keluarga angkatnya.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan mendapati bayi itu dijumpai dalam keadaan masih bernyawa oleh seorang lelaki yang merupakan jiran wanita tersebut.

“Lelaki itu menghubungi bapa angkat wanita itu yang berusia 68 tahun di Tanah Merah dan merupakan pemilik asal rumah tersebut. Warga emas itu curiga dengan tindakan anak angkatnya yang pulang ke Tanah Merah semalam. Dia juga mendapati wanita itu hanya baring di katil dengan alasan darah haid banyak keluar.

“Selepas didesak oleh bapa angkat, wanita itu mengaku dia melahirkan bayi berkenaan dan meninggalkannya di belakang rumah. Bapa angkat wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Temangan di sini kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Shafiki berkata, pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum membawa bayi itu ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI