fbpx

48 mangsa banjir Kulim dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Seluang di Kulim, malam tadi.

KULIM – Seramai 48 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Sungai Seluang, di sini selepas rumah mereka dilanda banjir sejak petang semalam.

Operasi memindahkan mangsa dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah dalam mukim Sungai Seluang itu dilakukan malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, PPS itu dibuka pada pukul 9.55 malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada 17 individu dewasa, lapan warga emas, 15 kanak-kanak dan lapan bukan warganegara,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI