fbpx

13 `mat rempit’ dibawa tazkirah subuh, solat berjemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara remaja yang dibawa ke balai polis selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 13 remaja lelaki yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sini malam tadi bukan sahaja dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi, malah dibawa ke surau untuk mendengar tazkirah selepas solat subuh.

Pengajaran tersebut diberikan kepada mereka yang berusia 14 hingga 19 tahun setelah selesai proses dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kesemua individu tersebut didedahkan dengan aktiviti kerohanian termasuk solat subuh.

“Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah, JSPT KL,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, pendekatan keagamaan antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu negara.

“Pendekatan keagamaan kepada remaja diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.

“Ibu bapa juga disarankan agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalu lintas,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI